nuffnang

ELMK 3043 : Penyelesaian Konflik Moral

Strategi Penyelesaian Masalah

Langkah-langkah
1. Mengenalpasti masalah (kenalpasti punca, cabaran)
2. Mencadang beberapa penyelesaian
3. Menilai dan meramal akibat setiap pilihan
4. Memilih penyelesaian yang terbaik

Kelebihan
-Menilai kesan sesuatu penyelesaian
-Akses kendiri

Kelemahan
-Sukar memilih penyelesaian yang merupakan kepentingan
-Konflik kecil boleh menjadi besar
-Menjadikan individu dilema dalam memilih langkah penyelesaian
-Hanya boleh menyelesaikan isu bersifat dalaman sahaja

Isu yang tidak sesuai untuk menggunakan strategi ini
-Jenayah
-Kewangan



Strategi Pembinaan Hierarki
Definisi: Menyusun nilai-nilai daripada paling penting hingga ke kurang penting

Langkah-langkah
1. Mengenalpasti nilai berkonflik
2. Menyusun nilai-nilai berkonflik mengikut kepentingan
3. Pemilihan langkah terbaik mengikut kepentingan nilai

Kelebihan
-Berstruktur
-Berfikir daripada pelbagai sudut
-Bersifat rasional dan terbuka
-Tidak dipengaruhi individu luar

Kelemahan
-Sukar membanding nilai (Pandangan berbeza)

Isu yang tidak sesuai untuk menggunakan strategi ini
-Melibatkan nyawa

Strategi Pencairan Masalah
-Cuba menukarkan nilai yang bertembung dengan alternatif lain
-Mencari alternatif bagi mengurangkan masalah/menghindarkan masalah

Langkah-langkah
1. Mengenalpasti nilai-nilai berkonflik
2. Mencari alternatif kepada nilai-nilai berkonflik

Kelebihan
-Bersikap fleksibel terhada masalah yang timbul dengan mencari alternatif lain

Kelemahan
-Tidak membina perwatakan kerana menggalakkan manusia melarikan diri daripada berhadapan dengan konflik
-Tidak dapat dihindar jika di luar jangkaan


Strategi Kompromi
-Mengamalkan konsep 'give and take'
-Membentuk win-win situation
-Hanya digunakan setelah kaedah hierarki & pencairan masalah tidak dapat digunakan

Langkah-langkah
1. Mengenalpasti nilai-nilai berkonflik
2. Mengenalpasti pihak yang akan berkompromi/berkorban
3. Berikan sebab kenapa kompromi tersebut dibuat

Kelebihan
-Kedua-dua pihak memperoleh manfaat bersama

Kelemahan
-Andaian nilai-nilai yang berkonflik hanya boleh dicapai pada tahap tertentu

Isu yang tidak sesuai untuk menggunakan strategi ini
-Melibatkan nyawa


Strategi Analisis Nilai
-Menggunakan strategi ini untuk mengatasi kekeliruan

Langkah-langkah
1. Mengenalpasti nilai-nilai berkonflik
2. Mengenalpasti fakta-fakta berkaitan konflik
3. Senaraikan alternatif dan jangkaan kesan  terhadap pilihan tersebut
4. Pilih alternatif terbaik

Kelebihan
-Individu menggunakan pemikiran logikal dalam penyelesaian konflik berdasarkan fakta yang relevan
-Individu meneliti banyak fakta dan kesan terhadap setiap alternatif 

Kelemahan
-Terlalu mementingkan fakta dan logik
-Kurang memetingkan dimensi moral dan perlakuan moral


No comments:

Post a Comment

Komen Here