nuffnang

ELMK 3043 : Peranan agensi-agensi tempatan dan antarabangsa dalam proses sosialisasi


Peranan agensi-agensi tempatan

Yayasan Salam
-Berfokus kepada pendidikan, kesihatan dan kerja pembangunan komuniti
contoh: Mengendalikan rumah perlindungan di Chow Kit yang berfungsi sebagai pusat jagaan kanak-kanak, ibu tunggal dan kes-kes yan melibatkan penderaan
- Memberi bantuan kepada golongan miskin, OKU dan kanak-kanak
-Membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik
-Berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan masyarakat untuk memajukan diri

Majlis Aids Malaysia
-Meningkatkan kesedaran HIV/AIDS
-Mencegah penyebaran HIV/AIDS
-Melindungi hak asasi mereka yang terjejas akibat HIV/AIDS
-Menghapus stigma, prejudis dan diskriminasi terhadap HIV/AIDS
-Menyediakan penjagaan dan sokongan kepada individu dijangkiti HIV/AIDS

Pengasih
Sebuah Pusat rawatan dan pemulihan persendirian
-Merawat mangsa yang mengalami ketagihan dadah
-Memberi sokongan kepada bekas penagih
-Pembentukan semula tingkahlaku, emosi dan agama bekas penagih

Mercy (Medical Relief Society Malaysia)
-Memberi bantuan perubatan dan kecemasan kepada mangsa
-Memberi bantuan tenaga kerja di kawasan bencana
-Menggalakkan sukarelawan bergabung
-Memberi bantuan kemanusiaan

Pemadam (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia)
-Menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang
-Membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah
-Menyedarkan masyarat tentang bahaya penyalahgunaan dadah
-Membantu bekas penagih dadah melalui jagaan lanjutan


Peranan agensi-agensi antarabangsa

UNESCO (United Nation Educational, Scientific & Cultural Education)
-Melindungi kawasan-kawasan bersejarah
-Meningkatkan pendidikan seluruh dunia melalui inovasi dan teknikal
contoh: Menaja program latihan perguruan dan program sains antarabangsa
-Memelihara tapak warisan dunia
-Memelihara kebudayaan negara

UNICEF (United Nation Children Fund)
-Menjaga hak asasi kanak-kanak seperti membekalkan pendidikan asas yang berkualiti kepada semua kanak-kanak
-Melindungi kanak-kanak daripada diskriminasi, penindasan dan keganasan
Contoh: Membasmi pornografi kanak-kanak
-Membaiki kualiti hidup kanak-kanak
Contoh: Membekalkan suplemen dan vaksin

WWF ( World Wildlife Fund)
-Memelihara dan memulihara alam sekitar dan habitat semulajadi
Contoh: Memelihara spesies terancam
-Mempromosikan kesedaran awam tentang alam semulajadi
Contoh: Pelaksanaan earth our
-Menangani masalah-masalah berkaitan alam semulajadi
Contoh: Melarang penggunaan plastik yang mengancam kehidupan di laut

No comments:

Post a Comment

Komen Here