nuffnang

Faktor-Faktor Perjanjian persekutuan

Masalah kewangan Pahang

 Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak.British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cina yang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukaidaripada candu, judi, dan arak. Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyaisumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang. Seterusnya,kerajaan British terpaksa meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kospentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang Pahang berjumlah $ 610 000.
Dengan pembentukan Persekutuan,diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan danPerak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini,masalah kewangan Pahang dapat diatasi

Kelemahan Sistem Residen

Kerajaan British menyedari bahawa Sistem Residen mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam.Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yangmasih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini bergantungkepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaanBritish mahu mengurangkan kuasa Residen. Setelah Sistem Residendilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, residenmerupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi di negerimasing-masing. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri tersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasamenyekat kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak residen

menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran

Hal ini disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka,wujudlah ketidak seimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeriyang kaya dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuahnegeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeriMelayu. Sistem perhubungan seperti jalanraya dan jalan kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu.Melalui Persekutuan, diharapkan sistem pengangkutan dapat dimajukan.British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalankerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang terlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport



pertahanan dan keselamatan


British mahu mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untukmempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang danPerak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untukmengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan Britishtelah memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapatmempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negerilain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan

No comments:

Post a Comment

Komen Here