nuffnang

Kadang-kadang kita kena menangis ..


Ahlan wasahlan  dan salam jumaat .. jom selawat sekejap. Nabi selalu menangis kerana terlalu merindui umat. Tapi kita, berapa banyak kali pernah kita menangis kerana merindui Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ..Jangan terlalu bangga mempunyai hati yang keras. sebaliknya berdukalah takut hati menjadi keras dan tidak diberi hidayah oleh Allah.Wallahua'lam. Kadang-kadang kita kena menangis . Bukan menangis untuk boyfriend mahupun girlfriend tetapi menangis kerana Allah . Menangis kerana banyaknya dosa yang telah kita lakukan . Menangis kerana sakitkan hati mak ayah . Menangis kerana tidak rasa bersalah melakukan dosa. Rasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya.
Hati yang baik juga akan menuturkan kata-kata yang baik sahaja 

5 tanda hati keras/mati
-Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
-Tidak berasa gerun dengan ayat al-quran bahkan meninggalkannya . 
-Berlebihan mencintai dunia dan lupakan akhirat
-Kurang mengagungkan Allah. Bila sebut saudara seislam mati mood macam takde apa-apa.Tapi bila cakap artis kesayangan korea holywood or bolywood mati ,terus menangis..see

Ada cara dia nak atasi masalah ni.. Cara nak bagi nafas baru dekat hati
-Selalu berzikir kepada Allah. Kalau selalu malam-malam tidur dhanyutkan lagu, malam ni cuba tidur dihanyutkan dengan zikir. Andai kata malaikat maut menjemput kita, biarlah kita dalam beriman. Cubalah bayangkan jikausia kita berhenti pada saat itu, saat kita ralik dengan lagu. Wallahua'lam

-Paksa diri melakukan ibadat. Paksa diri menunaikan solat. Cuba rasa menyesal bila tinggalkan solat. Utamakan yang wajib dulu. Cuba khusyuk dalam solat dengan memahami makna Fatihah dan rukun dalam solat. Cuba bayangkan Allah depan kita . Cuba fikirkan kenapa bila buat amali solat depan ustaz/ustazah kita nak  bacaan perfect. Sedangkan dalam solat baca laju je...

-Hati adalah tempat yang bersih. Pada hati tersimpannya iman. Kalau hati bersih , pasti iman kekal di dalamnya. Tetapi keimanan itu goyah bila kotornya hati.Jaga iman jaga ikhtilat. Ingat, Ilmu itu nur. Ilmu itu cahaya. Nur takkan bercampur dengan kotor. Kalau mahu berjaya,hindarilah maksiat. Ingatlah Allah selalu..InsyaAllah mudah je ilmu melekat :) 

alang-alang tu jom cuci hati jap. tak sampai 5 minit

sekian coretan harini .semoga bermanfaat

1 comment:

Komen Here