nuffnang

maksud gaya bahasa (komsas)

Gaya Bahasa Dalam Komsas credits : cikgu rozali

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS 
Gaya bahasa – susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha 
mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis – jenis gaya
bahasa bersama istilah – istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar
memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.

1.aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata – kata yang 
berturutan 
negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan (pengulangan g)[Negeri 
Cinta, Nahmar Jamil] 
diusung keliling kampung (pengulangan g)[Surat dari Kampus, Nawawee 
2.anafora – pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara 
berturutan agar memperoleh kesan tertentu 
Sekalipun sehelai kertas kumal 
Sekalipun isinya hanya berita kecil [Surat dari Kampus, Nawawee 
Mohamad] 
-masih di situ 
masih memandu kereta lama 
masih menuju sekolah yang sama[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood] 

3.analogi – persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai 
untuk dasar perbandingan 

4.antitesis – penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainya 
untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang 

5.asonansi – pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata 
-ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan (peulangan u)[Negeri Cinta,Nahmar Jamil] 
-sekalipun sehelai kertas kumal (pengulangan e)[Surat dari Kampus , 
Nawawee Mohamad] 

6Bahasa Arab – perkataan – perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi 
memberikan kesan yang berbeza. Contohnya: Alhamdulillah, makhdum, narwastu 

7bahasa berirama – ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang 
mendalam tentang sesuatu peristiwa 
-Tiga bilah lantai terpatah, 
Tiga gelegar yang patah [Puteri Besar Lahir ke Dunia – Tingkatan 2] 

8.Bahasa Inggeris– street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket, 
suspense 

9.bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.

10. bahasa kiasan – penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian 
11.bahasa klasik – penggunaan perkataan – perkataan Melayu klasik seperti 
sebermula, syahadan, kararlah 

12.diksi– pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan 
puisi. 
Diksi yang baik terlihat pada
a. pemilihan kata yang tepat
b. penggunaan kata yang munasabah
c. penggunaan kata yang jelas dan khusus.
Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

13.epifora – pengulangan kata – kata di akhir baris puisi untuk penegasan 

14.hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih – 
lebihan 
cinta kepadanya cinta jutaan bunga – bunga [Negeri Cinta, Nahmar Jamil] 
rindu mencumbu zaman [Tasik Biru, Bau, Sarawak, Kemala] 

15.hybrid – penyatuan dua kata menjadi satu kata. 
bertanggungjawab (tanggung + jawab) 
ketidakpastian (tidak + pasti) 
16. inversi – pembalikan kata – kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim 
kini rambut memutih kepala[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood] 
di kampung surat ini harganya melambung[Surat dari Kampus, Nawawee 
Mohamad] 
aduhai adinda berpesan adik 

17-istilah sains dan teknologi– virus, skrin LC, karbonit, asid 

18.metafora – pemakaian kata – kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada 
yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit 
dan abstrak 
-syurga bumi [Negeri Cinta, Nahmar Jamil] 
syurga (unsur abstrak) 
bumi (unsur konkrit) 
-Bukit-bukit harapan 
bukit (unsur konkrit) 
19.paradoks – penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif 
dan negatif dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan 
pendapat umum atau realiti. 
-menangis dalam kegembiraan 
menangis (unsur negatif) 
kegembiraan (unsur positif) 
-kesepian di tengah ramai

20.pengulangan - pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap

21.peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan– melukut di tepi gantang, darah 
daging 
22.personifikasi – pemberian sifat – sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, 
tumbuh – tumbuhan, keadaan atau peristiwa 
-dari buruan kehidupan yang mencekik [Negeri Cinta, Nahmar Jamil] 
-kebosanan menggigit pangkal rasa 

23. repitisi / repitasi – pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan 
penegasan yang dikehendaki. 
Kita menjadi kita[Bahasa, Rahman Shaari – Tingkatan 3] 
Muka me sti manis, mulut mesti ramah, hati mest i baik

24. responsi – pengulangan kata di tengah baris 
mencipta rumah te mpat berlindung, membina bilik tempat berteduh 
[Burung Tempua, Abdul Hadi Yusoff] 

25. simile – perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata 
‘seperti’, “bagai”, “umpama”, dan “macam”. 
-bagaikan mahu diusung keliling kampung [Surat dari Kampus, Nawawee 
Mohamad] 
-besarnya seperti perdu nyiur 
-seperti kolek terdampar di pasir 
26. simplok – pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama 
-Sayang seribu kali sayang 

27. sinkope / sinkof – penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel) 
seperti tak, nak, ni, dan dah 
28. Imbas kembali1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. 
2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman 
29. Imbas muka1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. 
2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku. 

No comments:

Post a Comment

Komen Here