Latihan Meditasi Sufi dalam menangani stress dan emosi





Latihan Meditasi Sufi dalam menangani stress dan emosi
Stress bukanlah suatu yang harus dilawan atau dimusuhi. Stress atau "Rasa Tegang" merupakan Petanda Kehidupan. Melalui latihan ini saya mengajak Anda untuk memahami sifat Stress dan mewarnai kehidupan Anda dengan warna-warna cerah Kenyamanan minda dan emosi
1. Duduk bersila dalam suasana yang nyaman dan selesa.Tarik nafas melalui hidung, keluarkan melalui mulut. Lakukan dengan perlahan-lahan sehingga anda merasa sangat tenang dan santai.

2. Ucapkan di dalam hati anda ” ya allah setiap kali saya melakukan latihan ini saya semakin tenang, semakin santai semakin dekat saya bersama mu ya Allah” ucapkan sebanyak 27 kali dengan lembut dan yakin, sehingga terasa getaran alpha di seluruh tubuh badan anda.

3. Cuba dengarkan denyutan jantung anda, sambil meletakkan tapak tangan anda di jantung.Setiap kali terasa denyutan jantung tukarkan irama jantung anda dengan zikir kepada ilahi. Sehingga terasa ada energy dari sekitar jantung anda naik ke bahagian kepala anda. Energy tersebut terasa seperti ada arus elektrik yang bergerak ke kepala anda. Rasakan energy tersebut membakar emosi dan fikiran liar anda. Tubuh anda akan terasa seperti bergerak sendiri. Lakukanlatihan ini selama 20 minit. Insyaallah anda akan mendapat manfaat yang sebesar-besarnya.