Kajian tinjauan

Definisi:
Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam bentuk pendapat, sikap dan persepsi sesuatu populasi hasil daripada respons sampel kajian (Nur Hawa Hanis & Ghazali Darusalam, 2018). Oleh itu,kaedah tinjauan ini sangat bersesuaian digunakan untuk mengutip data daripada populasi yang besar.

Kajian tinjauan merupakan pecahan kepada kajian kuantitatif


Contoh tajuk kajian tinjauan:
  1. Cabaran dan Persediaan Guru Bahasa Melayu dalam Mengadaptasikan Pengajaran dan Pembelajaran pada Musim Pandemik.
  2. Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dengan Komitmen Guru Sekolah Rendah di Daerah Kapit
  3. Faktor-Faktor Penggunaan Sistem RFIDdi Sektor Perindustrian di Selangor
  4. Kesihatan Mental dan Tingkah laku Kewarganegaraan Organisasi (TKO) dalam Kalangan Anggota Polis Semasa Pandemik Covid-19
  5. Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah Dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Daerah Klang
  6. Persepsi Pelajar Program Katering Kolej Vokasional (KV) Terhadap Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Dalam Penyediaan Makanan
  7. Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19
  8. KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DALAM MELAKSANAKAN KAJIAN PENGAJARAN
  9. Perspektif Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Inklusif Di Sekolah Rendah Bahagian Bintulu, Sarawak.
  10. Penerimaan Guru Tadika Terhadap Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Di Kota Bharu, Kelantan
  11. Persepsi Terhadap Program Vaksinasi Covid-19 Dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti
  12. Kesediaan Guru Sejarah Melaksankan Teknik Penceritaan dan Hubungannya dengan Minat Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah
  13. Penggunaan Pentaksiran Tingkah Laku Fungsional (FBA) Dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
  14. Amalan Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah dalam Melaksanakan Pendekatan Pengajaran Terbeza
  15. Hubungan antara Regulasi Emosi dan Penglibatan Murid di dalam Kelas
  16. Hubungan Antara Trauma Zaman Kanak-kanak dan Kesediaan Perkahwinan Dalam Kalangan Kemunculan Dewasa di Selangor
  17. Hubungan Faktor Tingkah Laku Pelajar dengan Tekanan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah
  18. Kesediaan Murid terhadap Penggunaan Peranti Mudah Alih dalam Pembelajaran Sejarah
  19. Amalan humor guru dan hubungannya dengan konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu
  20. PENGARUH PENGETAHUAN DAN MOTIVASI TERHADAP KEPATUHAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN KAKITANGAN PUSAT KESIHATAN DI MELAKA
  21. Pandangan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Pandemik COVID-19
  22. Perkembangan Sosio Emosi Melalui Pembelajaran Koperatif di Peringkat Sekolah Rendah
  23. Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Guru Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah Sewaktu Pelaksanaan PdPR di Wilayah Persekutuan Labuan
  24. Pembangunan dan Persepsi terhadap Kebolehgunaan Permainan Chem's Bond dalam Topik Ikatan Kovalen dan Ion bagi Murid Tingkatan 4
  25. Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  26. TAHAP KEMAHIRAN PEDAGOGI, MOTIVASI DAN SIKAP GURU-GURU BUKAN OPSYEN SEKOLAH RENDAH DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 

No comments:

Post a Comment

Komen Here