Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam bentuk pendapat, sikap dan persepsi sesuatu populasi hasil daripada respons sampel kajian (Nur Hawa Hanis & Ghazali Darusalam, 2018). Oleh itu,kaedah tinjauan ini sangat bersesuaian digunakan untuk mengutip data daripada populasi yang besar.
Kajian tinjauan merupakan pecahan kepada kajian kuantitatif
Contoh tajuk kajian tinjauan:
- Cabaran dan Persediaan Guru Bahasa Melayu dalam Mengadaptasikan Pengajaran dan Pembelajaran pada Musim Pandemik.
- Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dengan Komitmen Guru Sekolah Rendah di Daerah Kapit
- Faktor-Faktor Penggunaan Sistem RFIDdi Sektor Perindustrian di Selangor
- Kesihatan Mental dan Tingkah laku Kewarganegaraan Organisasi (TKO) dalam Kalangan Anggota Polis Semasa Pandemik Covid-19
- Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah Dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Daerah Klang
- Persepsi Pelajar Program Katering Kolej Vokasional (KV) Terhadap Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Dalam Penyediaan Makanan
- Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19
- KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DALAM MELAKSANAKAN KAJIAN PENGAJARAN
- Perspektif Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Inklusif Di Sekolah Rendah Bahagian Bintulu, Sarawak.
- Penerimaan Guru Tadika Terhadap Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Di Kota Bharu, Kelantan
- Persepsi Terhadap Program Vaksinasi Covid-19 Dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti
- Kesediaan Guru Sejarah Melaksankan Teknik Penceritaan dan Hubungannya dengan Minat Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah
- Penggunaan Pentaksiran Tingkah Laku Fungsional (FBA) Dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
- Amalan Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah dalam Melaksanakan Pendekatan Pengajaran Terbeza
- Hubungan antara Regulasi Emosi dan Penglibatan Murid di dalam Kelas
- Hubungan Antara Trauma Zaman Kanak-kanak dan Kesediaan Perkahwinan Dalam Kalangan Kemunculan Dewasa di Selangor
- Hubungan Faktor Tingkah Laku Pelajar dengan Tekanan Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah
- Kesediaan Murid terhadap Penggunaan Peranti Mudah Alih dalam Pembelajaran Sejarah
- Amalan humor guru dan hubungannya dengan konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu
- PENGARUH PENGETAHUAN DAN MOTIVASI TERHADAP KEPATUHAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN KAKITANGAN PUSAT KESIHATAN DI MELAKA
- Pandangan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Pandemik COVID-19
- Perkembangan Sosio Emosi Melalui Pembelajaran Koperatif di Peringkat Sekolah Rendah
- Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) Guru Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah Sewaktu Pelaksanaan PdPR di Wilayah Persekutuan Labuan
- Pembangunan dan Persepsi terhadap Kebolehgunaan Permainan Chem's Bond dalam Topik Ikatan Kovalen dan Ion bagi Murid Tingkatan 4
- Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- TAHAP KEMAHIRAN PEDAGOGI, MOTIVASI DAN SIKAP GURU-GURU BUKAN OPSYEN SEKOLAH RENDAH DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
No comments:
Post a Comment
Komen Here