Masalah kewangan Pahang
Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang
banyak.British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama
dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak
orang Cina yang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil
cukaidaripada candu, judi, dan arak. Kerajaan British mengalami masalah
kewangan yang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyaisumber
kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang
banyak untuk membangunkan Pahang. Seterusnya,kerajaan British terpaksa meminjam
wang daripada NNS bagi membiayai kospentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang
Pahang berjumlah $ 610 000.
Dengan
pembentukan Persekutuan,diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti
Selangor, Negeri Sembilan danPerak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan
cara ini,masalah kewangan Pahang dapat diatasi
Kelemahan Sistem Residen
Kerajaan
British menyedari bahawa Sistem Residen mempunyai beberapa
kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di
Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.Selain itu, kemajuan setiap negeri di
bawah Sistem Residen tidak seragam.Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi
terdapat juga negeri yangmasih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan
ini bergantungkepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain
itu, kerajaanBritish mahu mengurangkan kuasa Residen. Setelah Sistem
Residendilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan,
residenmerupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi di
negerimasing-masing. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri tersebut terpisah
dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat
Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasamenyekat kehendak dan kuasa
residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak
residen
menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran
Hal ini
disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang
kuasa residen. Maka,wujudlah ketidak seimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya,
ada negeri-negeriyang kaya dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran
sesebuahnegeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British
cuba mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai pertanian,
perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeriMelayu. Sistem
perhubungan seperti jalanraya dan jalan kereta api tidak berkembang maju
di negeri-negeri Melayu.Melalui Persekutuan, diharapkan sistem pengangkutan
dapat dimajukan.British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan
raya dan jalankerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang
terlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan
mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport
pertahanan dan keselamatan
British mahu mewujudkan
satu pasukan keselamatan yang bertujuan untukmempertahankan negeri-negeri
Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku penentangan
masyarakat tempatan di Pahang danPerak, British terpaksa meminta bantuan
tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India. Oleh itu, British terpaksa
mengeluarkan wang untukmengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera
Persekutuan Britishtelah memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini
dapatmempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negerilain
sekiranya berlaku penentangan dan peperangan
No comments:
Post a Comment
Komen Here