nuffnang

pengalaman temuduga ipg

Assalamualaikum semua 😊 . Dah lama tak update blog ni .. Memang busy dan tak berapa sempat nak update. Sebab sekarang more to igshop instagram.com/de.aqil . Ha, korang follow lah tau . Okay back to topic . Selepas result spm keluar, terus isi upu & mohon ipg. Tup tup tak lama lepastu dapat tahu terpilih untuk temuduga ukcg ( ujian kecergasan) .

Preparation sebelum pergi
1.Print semua dokumen yang dia nak dari web pismp.moe.gov.my
2. Ain haritu pakaian tshirt hitam/gelap dengan tracksuit. tudung pon warna gelap 

Preparation fizikal
nama pun ucian kecergasan kan? So kena prepare lah. Antaranya boleh jogging,pushup,situp,bleep.
Ain haritu ada dalam 5 stesen

1.kelenturan

2.pushup(buat la dalam 30 kali)

3.situp(situp yang berbeza setiap kali)
-means first situp tangan di kepala
-second situp tangan sentuh lutut 
-third situp tangan di dada rasanya . Korang practice je lah situp dalam 20 kali, insyAllah lepas 

4. Bleep test (boleh search kat youtube) serious yang ni penat
-ada 12 level camtu

5. BMI 
-ukur ketinggian dan berat badan

_________________________________________________________________________
Alhamdulillah ukcg lulus so dapat temuduga lisan
Sebelum pergi tu banyak baca search kat google pengalaman and tips semua tu
siap suruh hafal isu pendidikan,semasa semua tu lah but bila sampai harinya dia tak tanya pon pasal benda tu semua. Sebelum pergi macam biasa, print semua dokumen yang dia nak and bawa SEMUA sijil original and salinan. (termasuklah sijil koko)

Hari temuduga
Datang awal and tunggu.
Nanti dia akan panggil nama. Setiap kumpulan dalam 5 orang. 

Dalam bilik temuduga
Macam ain haritu dia warmup question dulu. Tanya pasal biodata. Ceritajelah . Cakap pasal nama,tempat tinggal, asal mana, sekolah mana dan pengalaman.

second question dia tanya kenapa pilih kerjaya sebagai guru

third question ( setujukah anda kalau guru lelaki dikatakan pemalas)

lepastu nanti dia bagi satu kertas dan suruh berbincang
soalan Ain haritu dia bagi situasi, anda sebagai pengawas bincangkan cara mengatasi masalah ponteng di sekolah . Lebih kurang macamtula soalannya 

lastly dia tanya kita ambil apa. Ain haritu ambil bm(sk), so panel tanya apa beza antara pedalaman dan pendalaman. 

untuk tahu lebih lanjut mengenai pembelajaran kat sana boleh tekan link ni okay =)
https://aindotain.blogspot.com/2018/12/pembelajaransubjek-di-ipg-institut.html

So itu jelah kisahnya. Maaf atas segala kekurangan . Terima kasih sudi baca 💓


2 comments:

  1. Nak tanya, ujian kecergasan dengan temuduga tu Hari yang sama ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya dulu, hari berbeza dan tempat berbeza.. dah lulus ujian kecergasan baru pergi temuduga.. tapi sekarang tak sure pula.. yang pasti pengambilan sekarang makin susah sebab program tu kalau keluar terus sampai Master.. dengar cerita kena tunjuk cara-cara nak mengajar juga =)

      Delete

Komen Here