Eh Tawas?? Apa tuu ...

Assalamualaikum pembuka bicara :)
Haaa , pernah tak korang dengar pasal tawas.. Tawas ni banyak digunakan oleh orang-orang terdahulu . So zaman kini yang canggih ni tak semua kenal tawas.Orang dulu2 guna tawas sebagai penjernih air telaga..Kita sekarang tak pakai telaga,no wonder la tak tahu kan.

Kegunaan Tawas

  1. Tawas telah digunakan oleh manusia sejak dahulu kala dalam pelbagai bidang. Tawas boleh digunakan untuk merawat air dengan memisahkan bahan kotor daripada air. Bahan kotor tersebut akan mendap di bawah, manakala air yang bersih dan jernih akan berada di atas mendapan tersebut.
  2. Tawas juga digunakan dalam masakan khususnya dalam pembuatan roti. 
  3. Selain itu, tawas merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan pemadam api. 
  4. Tawas boleh membersihkan kulit haiwan seperti kulit lembu dan kulit kambing. 
  5. Tawas juga dijadikan bahan utama dalam produk kosmetik untuk menghilangkan bau badan.
  6. Dalam Perubatan Moden, tawas digunakan untuk menghasilkan vaksin. Tawas bertindak sebagai bahan adjuvan dalam vaksin yang dihasilkan. Adjuvan akan meningkatkan kekuatan vaksin melalui pengaktifan dan perangsangan sistem imuniti.

Tawas Dalam Perubatan Ibnu Sina
Tawas juga telah lama digunakan sebagai ubat oleh tamadun-tamadun terdahulu seperti yang terlihat dalam Perubatan Tradisional Cina dan Perubatan Ayurveda. Dalam Perubatan Ayurveda, tawas dikenali sebagai Phitkari, manakala dalam Perubatan Tradisional Cina ia dikenali dengan nama Bai Fan. Begitulah juga dengan Perubatan Melayu yang turut menjadikan tawas sebagai bahan untuk merawat penyakit.
Penggunaan tawas secara berleluasa tanpa kawalan dan tanpa pengetahuan pesakit boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Oleh kerana tawas mengandungi aluminium, penggunaannya perlu dikawal dengan teliti dan tidak semua golongan sesuai mengamalkannya.

okay tutup cite tentang tawas. Sekarang kita berinjak mengenai deodarant or minyak wangi yang selalu kita pakai.
terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk. 
Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan anda kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak. 
so korang bolehlah cari kat farmasi benda yang bernama tawas ni...Murah ,dapat banyak lgi tuh..tak taula kot2 harga dah naik jugak huahua. cara pakai senang je, lepas mandi amik batu kristal tu sape kat ketiak.well yang ni pakai original guna batu. Tapi sekarang ade jual yang ceni. Lagipun kalau korang nak tau,deodarant dan minyak wangi tula penyebab kulit kita rosak atau jadi hitam seperti kat ketiak .


semoga bermanfaat untuk anda  lalala :)
credit
gambar credit ke encik google

No comments:

Post a Comment

Komen Here