cara mengatasi senggugut



 Selalunya ketika kaum wanita datang haid pasti ada yang akan mengalami serangan 'dysmenorrhea' atau lebih dikenali dengan senggugut. Ia boleh dikatakan normal bagi kaum wanita, namun ramai yang merungut apabila diserang senggugut. 

Ini kerana kadang-kala serangan senggugut agak serius seperti kekejangan di bahagian otot perut sehingga ada yang hanya mampu terbaring sahaja. 

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips untuk mengelak daripada diserang senggugut ketika datang haid. 


Madu penawar penyakit senggugut + FIBROID (sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot), senggugut dan semua kaitan penyakit perempuan dalam perut. Baca punca FIBROID, punca senggugut serta penyakit puan DISINI
Cara2nya
  • Cari madu asli
  • Baca Surah Al Fatihah dan ayat Kursi sekali
  • 2 sudu besar madu di minum 2 kali setiap hari pagi dan malam (sekali sehari juga boleh)
  • Amalkan selalu meminum madu amat baik untuk kesihatan
Selamat mencuba dan terima kasih sekali lagi untuk Ustaz tv9 kerana berkongsi petua dan ayat Quran untuk penawar penyakit... 

Nota
Ingin tahu madu asli macammana... Ambil madu dan celet atas kertas. Jika celetan itu tidak melekat maka itu asli. Lagi... jika semut tidak hampir ke madu itu maka madu itu juga asli dan letak madu atas kuku dan turunkan jari. Jika tidak jatuh maka itu asli. Bab ini aku tak test lagi coz aku rasa setiap liquid mesti kalau di tonggengkan akan jatuh.. Esok kena buatlah.... hik3

P.S. Amalan seperti di atas juga adalah petua yang arwah nenek berikan pada aku dulu cuma khasiat madu ini tidak pula arwah nenek beritahu penyakit FIBROID juga boleh dirawat dengan keajaiban MADU... ALLAH MAHA BESAR...

Minum banyak air
Air sangat penting untuk tubuh badan anda. Jadi pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari agar dapat membantu proses penghadaman. Ini sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan. 

  
 
                           (sit up 10x)                                                                  lompat bintang (20x)
     
Melakukan senaman ringan
Amalkan melakukan senaman ringan kerana ia dapat meregangkan sel-sel serta otot badan agar tidak berada dalam keadaan tertekan. Anda boleh membuat senaman ringan seperti lompat bintang, hula-hoop atau berjoging. 

            
Ambil makanan berkalsium
Anda juga perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, brokoli, kobis dan yogurt kerana ia dapat mengelakkan kekejangan otot yang kerap melanda ketika awal kedatangan haid. Anda memerlukan kalsium sekurang-kurangnya 1,200 mg setiap hari. 

Kurangkan makanan segera dan kafein 
Kurangkan memakan makanan segera atau minum minuman berkafein kerana ia akan menyebabkan simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan setiap kali waktu kedatangan haid. Ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa, manakala kandungan kafein pula akan menyebabkan saluran darah mengecut dan ini akan menyebabkan anda berasa sakit di bahagian abdomen yang boleh menyebabkan kekejangan otot. 

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda untuk mengelak dari serangan senggugut ketika datangnya haid. Selamat mencuba!