JIkA . . .


Jika anda inginkan pelangi
anda harus sanggup menghadapi Hujan (ujian)
tetapi anda perlu tahu Hujan itu menyuburkan dan menenangkan

jika anda TIDAK mampu menjadi Matahari
jadilah Awan yang melindungi anda dari terik matahari

jika hari senja ini ada yang tersungkur
bagunlah pada fajar esok
bersama kicauan burung yang terbang
mencari nafas baru ...

Jadilah diri anda sentiasa terinspirasi dari Alam ini
kerana di sana Ada kekuatan dan HIKMAH dari pencipta

Lihat dan katakan Anda boleh
lihat sahaja anda mampu memahami SISI ALAM ini

Lihat POKOK yg teguh itu
dahulunya dia perlu melalui pelbagai rintangan untuk menjadi POKOK yang dapat berbakti pada manusia
dengan memberi teduhan dan menggunakan apa yang ada padanya untuk tujuan manusia ..
mengapa kita manusia diberi AKAL dan kudrat tidak mampu lebih dari itu ....

untuk apa kita Lemah pada permulaan ini
Ayuh ! bangkit siap siaga ~
Ini ialah permulaan buat kita !