Nasyid power kaabah MUST SEE!!


LIRIK :
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Pasti ada dan telah ada….
Masakan Kaabah tiada power.
Sedangkan sabun pun ada power.
Power Allah itu di rumahNya.
Rumah Allah di Ummul Qura.
dialah yang menarik hati.
ummat Islam seramai itu.
untuk ke Kaabah.
 
Kalau Kaabah tiada power.
Hati-hati berbagai bangsa.
ditarik ke Mekah dan Madinah.
oleh siapa?
Kalau bukan Power Kaabah?
Semuanya datang kepada, Allah dan Rasulullah, Membawa kerinduan kepada Cinta Agung dan Kekasih Junjungan.
Tapi mana Allah dan ke mana Rasulullah?
Mereka sudah tiada di sana dan di mana-mana.
Baliklah hati Ummat Islam kekosongan.
Dari Allah dan Rasul yang dicari tidak bertemu.
Yahudi jelas melakukan khianat.
Yakni memesongkan hati pengunjung Kaabah.
Dari Allah dan Rasul kepada dunia seisinya.
Allah dilenyapkan dari Kaabah.(apa yang dimaksudkan )
Kaabah jadi tiada power.
Yang ada mengganti Yahudi dan Wahabi.
Rasulullah diputuskan hubungannya dengan Kaabah.
Jenuh mencari Nabi akhir zaman itu di kampungnya tiada berjumpa.
Yahudi semadikan Nur Muhammad ke bumi tanah tumpah darahnya.
Yang hanya ada udara Yahudi.
Siapa yang menyedutnya terlupakan Allah.
dan Rasul sama sekali.
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi.
keluar dari Kaabah berkat lambaian tangan isterinya.
(ibu para Ikhwan) kepada Baitullah.
Ketika Tawaf Qudum.
Keluarnya Power itu bagaikan aliran elektrik.
Sumbernya ialah roh Al-Qur’an hidup.
Gabungan Roh Aurad Muhammadiah.
Yakni Nur Muhammad bersama Roh Imamul Mahdi.
Dan Roh Putera Bani Tamim.
Itulah dia Power Kaabah.
Abuya cetuskan untuk mengangkat Ikhwan menjadi orang Roh.
Menjadi peribadi Agung.
Ambillah…
Ambillah…
Power Kaabah…
 
Wahai saudara Rasulullah.
Lambaikan tanganmu kearah Kaabah.
Roh itu akan menyusup ke hatimu.
Untuk disucikan ditingkatkan.
Untuk sampai hatimu berubah.
Berubah menjadi Kaabah.
Maka Allah pun kekal dikenang.
dan tidak akan putus lagi.
Power Kaabah akan bebaskan Kaabah.
Power Kaabah akan satukan Ummat.
Power Kaabah akan kembalikan kedaulatan Islam.
Menjadi Daulah dan Empayar Islam.
Power Kaabah….
Ambillah…Power Kaabah…
Pakailah Power Kaabah….
Gunalah Power Kaabah….